Hidup bagaikan percikan bunga api, indah bercahaya tapi hanya seketika. Sampai saatnya keindahan itu lenyap dan terpadam. Yang tinggal hanya langit kelam. Kita berusaha mencari titik keserasian,yang kita jumpa simpang yang kian menjarakkan. Kenapa harus kita memeningkan kepala mencari sesuatu yang kita tidak jumpa, sedangkan sebenarnya ia ada disisi kita cuma kita tidak menyedarinya. Sama ada kita menjadi lilin yang membahagiakan hidup orang sekeliling kita, tidak bermakna kita harus mendapat semula setiap pengorbanan kita dalam sekelip mata. Kekadang kita bertemu jalan yang sukar baru bertemu ruang hidup yang lebih selesa. Adakala kita melalui jalan yang begitu mudah tapi di penghujungnya penuh duri yang tak bisa kita menahan kesakitannya. Apa jua, senyumlah bila bertemu seseorang yang kamu panggil kekasih walau disaat itu hati kian membara mengenang sejarah lama terlihat dicermin kekasih….
Setelah kian lama dok mikir, akhir aku terpaksa beralah untuk ke Semenyih. Aku bukan tak mahu ke sana tapi banyak faktor yang aku harus fikirkan. Pertama kali perbezaan umur kami yang berbeza 8 tahun. Jadi satu kemusykilan pula pada keluarga Fairus nanti, ditambah pula umur aku lebih tua dari Kak Long dia malahan umur mak dia sebaya dengan kakak aku jer…Kalau ikutkan memang aku benar benar malu dan segan. Tapi, andai kata aku menolak untuk ke sana, aku tahu Fairus bagaikan tidak boleh bertolak ansur dan akan membandingkan dirinya yang selalu ke Chenor. Yer..Aku tahu, tapi mak dan bapak aku lain. Sementelah aku pula sering dikunjung oleh bekas anak anak murid yang umur dalam belasan tahun dan awal 20an. Dan memang mak bapak aku dah biasa dengan kehadiran teman teman aku yang jauh lebih muda dari aku….Tapi keluarga dia? Tidakkah satu yang meng’konpius’kan jika anak dia membawa kawan yang sudah berusia 30an?
Hari ni 24 Mei, harijadi zack yang ke28. Aku tetap mengucapkan selamat hari lahir buat dia. Meskipun dia membuang aku jauh dari hidupnya. Dan bermakna hampir setahun aku berkawan dengan dia. Dalam setahun itu, aku banyak belajar dengan dia erti kehidupan. Terima kasih setahun yang lalu aku yakin kamu akan bertemu insan yang jauh lebih baik dari ku.
Pagi sabtu, aku bertolak ker kuantan sebab aku mahu tinggalkan kereta pada Zarul. Dari Kuantan aku akan ke Kuala Lumpur dan Fairus mengambil aku di sana.
Sebelum naik bas sempat la juga kami melantak A&W yang makin mengecil ruangnya di Kuantan ni. Tak tahu kenapa kurang sambutan A&W ni, sedangkan air dan kentang goreng berempah dia best. Aku takut pupus jer A&W ni kelak, puasla aku kena g KL kalau teringin nak makan A&W Fikir fikir patutlah makin mengecil A&W kat Kuantan ni, layanannyer mcm nak tak nak jer..dah la leh lupa aku nyer kentang goreng dia boleh buat muka selamba dan tak mintak maaf pon…tapi aku tak marah pon cuma kesal dengan layanan mcm tu…tapi sempat juga la aku dengan Zarul menyumpah seranah. Hehehehehehe..
Aku rasa mcm nak tergelak juga naik bas Mara Liner ni, lehkan kedudukan aku sorang sorang kat tengah. Rasa tercongok dan ntah menatang menda plak kat tengah mcm tempat orang berucap pun yer mcm tempat kaunter pertanyaan pun yer…Dalam bas aku tidur jer. Ikut perjanjian Fairus tunggu kat Kotaraya@Pudu tapi ntah mcm mana last last dia suruh aku trun Masjid Jamek. Dalam keta aku dok risau juga cam mana la aku nak berlakon depan keluarga Fairus ni..isk. Sampai rumah dia kat Semenyih. Kg Sentosa Semenyih, banyak la plak anak beranak puak ni berkumpul. Tapi dah sampai nak tak nak dok la aku kat situ..hampesss…Mujur Fairus bawak aku jalan jalan pada sebelah malam. Tema kasih bebanyak la sebab dia sanggup korbankan tengok final Akademik Fantat tu…andaikata dia nak tengok menatang tu..memang burukla muka aku….kebetulan malam ni ada pembukaan Citrawarna Malaysia kat Puterajaya jadi kami ke sana malam ni. Memang berbaloi…Nak pulak persembahan bunga api…Memang puas hati.
Aku sebenarnya amat berharap agar kerajaan yang ada sekarang dapat ditukar dengan segera..Setelah 50 tahun memerintah, bagi aku cukuplah. Terlalu banyak khazanah negara dibazirkan begitu sahaja malahan dikaut oleh segenlintir pihak sahaja. Bagi aku, jika khazanah negara diuruskan dengan bijak, setiap isi rumah akan mendapat manfaat. Jika ada ketelusan, kita patut tengok pada negeri Terangganu, negeri jiran yang paling dekat dengan aku, andai setiap sen keuntungan Petronas disalurkan dengan telus, sewajarnya setiap isi rumah rakyat Terangganu mendapat keuntungan dari hasil minyak perut bumi negeri mereka. Tapi sayang, pengagihan tidak telus dan sama rata. Keuntungan dibelanjakan ke jalan yang salah malahan dikaut oleh sesetengan pihak yang berkuasa sahaja. Hasil bumi yang kaya seperti balak, kelapa sawit, getah dan minyak tetapi adakah keuntungan hasil dapat dinikmati bersama oleh rakyat? Jawapannya tidak. Namun, aku tidak hairan, kerana jika tidak berlaku perkara sebegini tidak tepat pula hadis nabi mengatakan bahawa pada akhir zaman kekayaan hanya berligar dikalangan mereka ( pihak berkuasa ) sahaja. Jadi hendak atau tidak itulah yang terjadi sekarang ini..dan itulah tanda…akhir zaman….
Dikenang jangan disebut jangan - Datuk Sharifah Aini
Disebut Jangan Dikenang Jangan
Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulangMencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau ingati
Tiada tuntutanTiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku di ingat jangan
Di umpat jangan
Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenangTiada tuntutanTiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku di umpat jangan
Di kenang jangan
Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut dingat jangan
Tak guna dikenang kenang
Jangankan untuk 2 minggu, 1 hari aku tidak mampu menanggung beban perpisahan. Berapa kali aku beralah, kerana lembutnya hati dan tingginya pengharapan agar dia berubah. Betapa aku diheret dalam bayangan silamnya. Betapa aku merayu cukuplah, diriku bukan seperti insan lain yang pernah dia kenali sebelum ini. Kenapa harus menyamakan aku dengan pengalaman silamnya sedangkan aku tidak pernah menghukumnya kerana kisah silam ku walau ada keadaannya dia juga mengingatkan aku pada yang lalu namun sedikitpun tidak aku menyentuh lagi masa silam ku. Percayalah tiada ungkitan buat mu, sedikitpun tidak. Aku menerima dengan yakin dengan rasa percaya. Walau bagaimana keadaan sekalipun. Disaat dirundung duka, disaat musibah melanda..tidak sesekali aku akan mengheret bersama kesedihan ini dalam perhubungan kita. Kerana Dia telah memberikan lebih dari itu iaitu kamu. Teman sejati yang bersemadi dihati bukan hanya di saat aku gembira. Ku undur diri, kerana aku tahu selagi sejarah masih segar dalam hati. Selagi kelemahan yang dicari. Selagi diri ku tidak kau fahami walau sekali. Biarlah lara ku bawa bersama. Tangisan dan airmata ia adalah diri ku. Cuma tidak terpamer, kerana aku tidak mahu sesiapa tahu tentang laranya hati mengenang perjalanan hidup ini. Namun apa guna bersedih kerana firmanNya ” Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan ( tidak pula ) pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab ( Lauh Mahfudz ) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” ( Al Hadid ayat 22 ) Aku redha saja kesedihan, kegembiraan, rezki, bencana, dugaan, kesenangan dan segalanya kerana aku hanya hambaNya…aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
…..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…..( Ibrahim:34)
Perjalanan kami seterusnya ke Melaka untuk mengambil kereta Yah@ Sally hehehehehehehe. Terima kasih pada Zarul yang sudi menghantar kami menaiki bas dari Temerloh ke Melaka pada 17hb tersebut. Hanya 2 hari saja kat Melaka, 18hb Mei kami bertolak balik ke Pahang. Perjalanan menjadi 2x gara-gara sesuatu yang berlaku dan biarlah ia kenangan+sejarah+pengalaman buat kami. Apa yang pasti kesyukuran padaNya kerana kami masih lagi dapat melihat bumi ini…Bagiku, ia adalah ujian..sejauh manapun kita pergi, pada akhirnya kita tetap tahu bahawa pada Dia juga kita memohon dan berserah segalanya. Walaupun sebentar cuma kami di Melaka, sempat juga berjalan-jalan di Pengkalak Balak. Masjid Tanah, satu nama yang sinonim dengan kehidupan aku. Di sinilah aku belajar erti persahabatan. Di sini juga aku rasa kewujudan aku benar benar dihargai. Menjadi antara pelajar terbaik. Teman terbaik..dan segala yang terbaik. Dalam hidup kita bagaikan carta..ada masa kita rasa kita tercorot dalam kehidupan..adakala kita berada di kemuncak segalanya..Namun itu semua sudah ketetapanNya pada setiap insan. Dia tidak hanya meletakkan kita dengan rasa yang sama. Seperti mana aku berbicara dengan Zarul lewat pertemuan lalu. Dalam pusingan hidup kita..Kita akan tetap merasai detik detik yang mana kita bagikan berada dikemuncak dunia..Kita rasa benar benar dihargai…Kita rasa kehadiran kita benar benar dinanti..dan ada masa masanya juga kita akan rasa kehilangan..Kesunyian dan kesendirian. Jadi nikmati saja apa yang telah Dia tetapkan. Menipulah kalau aku tidak mengeluh dengan setiap kesedihan dan kegagalan. Namun jangan berputus asa pada rahmatNya. Jadi semakin kita melalui kehidupan ini…pelbagai fasa akan kita rasai. Rebutilah dan rasailah tanpa rasa gentar. Kerana Dia tidak akan mengsia siakan setiap kejadian dalam hidup kita…
3 bulan sebenarnya adalah terlalu mentah dalam sesuatu perhubungan…terlalu muda. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Masih banyak perkara yang masih terbuku dan terpendam begitu sahaja. Sebenarnya, jika tidak ada kesabaran ini…sudah lama perhubungan ini berakhir…Jiwa yang terlalu memikirkan pengorbanan diri akan mudah membenci jika ada kesilapan yang berlaku..Tapi jika jiwa yang memikirkan pengorbanan orang yang kita sayangi..benci tidak akan mudah wujud walau berulangkali melakukan kesilapan…Bukan buta hati pada pengorbanan, bukan tidak jelas pada pengamatan…Percayalah, keihklasan tidak perlu penerangan. Sampai masanya kita akan terfikir sendiri dan memahami…fahamilah.
Link kat atas Dedikasi aku pada 3 bulan perjalanan kami…Dan semestinya perjalanan ini tetap kita akan teruskan…dalam kesabaran dalam kesedihan dalam kegembiraan dan segalanya…
Setelah beristirehat di Kalumpang Resort kami teruskan perjalanan, ikutkan hati nak jer mandi di Resort tu sebab mmg sejuk dan jernih airnya. Tak mengapa ada rezki akn ke sana lagi Insya Allah. Sebelum menuruni Bukit Genting, kami naik ke puncak dulu menikmati keindahan Genting Highland pula..Dari air bukit kini kami berada di puncak bukit pula. Kabus tebal..dingin..dan benar-benar menyegarkan minda…
Gambar Oleh : MFBA ( aku mengontrol kebuncitan perut aku… )
Lama aku tak senyum mcm ni hahahahahahahahaha, cantik betul dah Genting Highland, aku rasa dekat 13 tahun aku tak menjejak kaki kat Genting Highland ni…..memang banyak perubahannya.
Gambar Oleh : ZAMJ&MFBA
Mujurla gigi putih kalau tidak nampak tak nampak jer dia ni hehehehehehehehehe…terima kasih bawak aku jalan-jalan. Insya Allah ada rezki, ada umur dan ada kesempatan kita akan teruskan perjalanan lagi..melihat keindahan alam dan mencari diri nilai sebenar sebuah perhubungan.
Perjalan balik ke Pahang, sempat jugalah kami singgah tempat-tempat menarik. Kalumpang Resort salah satu tempat persinggahan kami, aku bagi 5 bintang pada resort ni. Memang cantik, bersih dan damai duk kawasan ni…Semuanya bersumber dari air bukit, paling aku suka tengok suraunya…dibawah surau ada takungan air bukit kemudian air bukit tu disalurkan pada saluran untuk kita mengambil wudhuk. Memang tenang kalau duk kat sini…
Gambar Oleh : MFBA ( wah wah…montelnyer….emm pintu masuk Kalumpang Resort )
Gambar Oleh : ZAMJ ( Luas nyer bukaan bang..erk pasang lukah ker? )
Gambar Oleh : MFBA ( Hah ni style bukaan malu malu namanya.. )
Gambar Oleh : MFBA ( ni air bukit yang disalurkan untuk mengambil wudhuk…cantik tempat ni..setiap bawah chalet ada aliran air bukit..)
Gambar Oleh : ZAMJ&MFBA ( Pic ni la yang paling aku suka hehehehehehe..)
Kita sama sama datang dari tanah yang sama, penderitaan. Kita datang dari teriakan yang sama penuh penghinaan. Aku tak akan lupa setiap butir ayat yang penuh dengan kebencian dan penghinaan begitu jua kamu Fairus. Kita datang dengan membawa hati yang sama yang penuh dengan kesengsaraan..Namun, kita harus ucapkan terima kasih pada segala pengalaman lalu. Aku pergi tanpa dendam. Kita pergi tanpa dendam. Biarkan sejarah itu di situ. Tidak kita tinggalkan dan tidak juga kita bawa dalam kehidupan kita. Biar menjadi sahabat biar menjadi teman biar menjadi apapun, yang pasti berterima kasih kepada penderitaan. Tanpanya kita tidak akan mengenali kehidupan ini.
Gambar Oleh : MFBA ( Genting Highland )
Dunia yang mana..dapat kau sembunyi diri..lari dariku..Alam yang mana..dapat menyisihkannya..benar kasih ku? Mesti nanti kau merasai..jangan tangisi..cinta yang pergi…